INFO & FAQ

Tentang Stevia

Stevia adalah sejenis tumbuhan herba, yang nama saintifiknya ialah Stevia Rebaudiana. Herba stevia ini berasal dari kawasan Amerika Selatan, khususnya Paraguay dan Brazil. Stevia telah digunakan sebagai pemanis makanan dan minuman sejak beratus tahun dahulu.

Daun stevia mentah adalah 30 kali ganda lebih manis daripada gula manakala ekstraknya lebih kurang 250 – 300 kali ganda lebih manis daripada gula.

Rasa manis stevia datang daripada bahan aktif yang terkandung di dalamnya iaitu glikosida steviol. Komponen sebatian yang paling banyak dalam glikosida steviol adalah Rebaudiana A (Reb A). 

Walaupun manis, sebatian glikosida steviol tidak mempunyai karbohidrat dan kalori. Ia tidak menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah, menjadikan stevia amat sesuai untuk digunakan sebagai pengganti gula.

Jangan bimbang, ia sihat walaupun manis!

Ya, selamat.

Di peringkat antarabangsa, pihak Pentadbir Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (US FDA) telah meluluskan ekstrak stevia sebagai Generally Recognized as Safe (GRAS) bagi semua individu termasuk ibu hamil dan menyusukan anak. Kelulusan ini telah diberikan sejak tahun 2008.

Penggunaan stevia dalam makanan juga telah diluluskan oleh pihak berkuasa kawal selia utama di lebih 150 buah negara.

Secara umumnya, stevia adalah tidak bersifat toksik, mutagenik, mahupun karsinogenik. Ia adalah selamat diambil secara sederhana oleh semua individu.

Khasiat herba stevia telah dikaji sejak kurun ke-19 hingga ke hari ini. Terdapat begitu banyak kajian saintifik yang membuktikan ciri kelebihan stevia, termasuklah sifat antioksida dan antiradang.

Sebab itu stevia telah lama digunakan dalam rawatan diabetes dan hiperglisemia (gula darah tinggi) dalam perubatan tradisional di Brazil dan Paraguay. Selain itu, stevia juga digunakan dalam rawatan hipertensi (tekanan darah tinggi), obesiti, dan penyakit metabolik yang berkaitan.

Bukan itu sahaja, malah kajian juga membuktikan stevia turut mempunyai ciri antibakteria yang menjadikannya bersifat antikariogenik, iaitu menghalang pembentukan karies gigi. Jadi, ia amat sesuai untuk diambil oleh orang dewasa dan kanak-kanak.

Tentang Buah Monk

Buah monk atau Luo Han Guo adalah sejenis buah berbentuk bulat, yang nama saintifiknya ialah Siraitia Grosvenorii. Buah ini berasal dari selatan China, khususnya di wilayah Guangxi.

Ia dipercayai digunakan sejak beratus tahun dahulu oleh golongan sami Buddha (Buddhist monk). Buah ini digunakan sebagai pemanis dalam teh dan masakan mereka, justeru ia dikenali dengan nama buah monk. Selain itu, buah monk juga turut digunakan dalam perubatan tradisional.

Buah monk yang masih putik adalah pahit, manakala yang telah masak mempunyai rasa manis. Walau bagaimanapun, isi buah monk tidak dimakan mentah. Ia diproses dan dikeringkan sebelum digunakan dalam penyediaan makanan. Ekstrak buah monk adalah 300 kali ganda lebih manis berbanding gula.

Buah monk juga mengandungi gula semulajadi, iaitu glukosa dan fruktosa.

Walau bagaimanapun, tidak seperti buah-buahan lain yang dapat rasa manis mereka daripada glukosa dan fruktosa, rasa manis buah monk adalah daripada sebatian mogrosida, iaitu bahan aktif yang terkandung di dalamnya.

Semasa proses ekstrak, hanya komponen sebatian mogrosida yang diambil. Jadi pemanis buah monk tidak mengandungi glukosa dan fruktosa.

Seperti pemanis stevia, pemanis buah monk juga tidak mempunyai karbohidrat dan kalori, dan tidak menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah. Jadi pemanis buah monk juga amat sesuai untuk digunakan sebagai pengganti gula. Ia sihat walaupun manis!

Ya, selamat. Ekstrak buah monk juga telah diluluskan oleh pihak Pentadbir Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (US FDA) sebagai Generally Recognized as Safe (GRAS) sejak tahun 2010.

Kajian-kajian terkini menunjukkan buah monk mempunyai ciri yang sama dengan stevia, iaitu ia bersifat antioksida dan antiradang.

Ia telah digunakan sejak berabad dahulu dalam perubatan tradisional masyarakat di China untuk merawat penyakit yang berkaitan saluran pernafasan seperti batuk, sakit tekak, bronkitis dan asma. Ia juga digunakan dalam rawatan obesiti, gastrik dan sembelit.

Malah kajian terkini juga menunjukkan buah monk mempunyai sifat antikanser dan amat berpotensi untuk digunakan dalam pencegahan dan rawatan kanser.

Tentang stevia SiManis

Stevia SiManis™ adalah pemanis semulajadi yang dihasilkan daripada ekstrak stevia dan diadun bersama ekstrak buah monk. Ia tiada karbohidrat dan kalori, tidak memberikan kesan glisemik dan bebas daripada sebarang pemanis tiruan.

Ia sesuai untuk memaniskan semua jenis makanan dan minuman kegemaran anda. Juga sesuai digunakan dalam penyediaan pelbagai jenis makanan seperti lauk-pauk, kerabu, kek dan pastri, dan sebagainya.

Ya, stevia Simanis™ adalah pengganti gula terbaik untuk pesakit diabetes kerana ia tidak menyebabkan kesan glisemik (tidak menyebabkan peningkatan paras gula dan insulin dalam darah).

Jadi pesakit diabetes masih boleh menikmati rasa manis makanan dan minuman mereka tanpa bimbang tentang kenaikan paras gula dalam darah.

Ya. Stevia SiManis™ dihasilkan di kilang yang mendapat pensijilan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) dan telah diiktiraf selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Stevia SiManis™ juga diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Stevia SiManis™ perlu disimpan pada suhu bilik dan tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari. Sebaiknya bahagian bebenang penutup botol dipastikan sentiasa bersih supaya penutup botol tidak ketat.

Stevia SiManis™ dipek dalam botol kaca untuk mengekalkan kualiti dan keaslian rasanya.

Botol plastik dihasilkan menggunakan bahan kimia sintetik. Ia boleh bertindakbalas dengan isi kandungannya menyebabkan bahan kimia daripada botol boleh melarutresap ke dalam stevia.

Manakala botol kaca pula dihasilkan daripada bahan semulajadi dan bersifat lengai (tidak bertindakbalas secara kimia dengan isi kandungannya). Jadi, kaca amat sesuai dijadikan bahan pembungkusan cecair stevia.

Selain itu, botol kaca yang digunakan untuk pembungkusan stevia SiManis™ adalah kaca ambar (amber glass), yang dapat memberikan perlindungan terbaik terhadap cahaya UV dan cahaya biru.

Memandangkan bahan aktif stevia iaitu Reb A adalah sensitif kepada cahaya UV, perlindungan ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya proses pengoksidaan cahaya (photooxidation).

Stevia SiManis™ sentiasa komited menyediakan produk kualiti terbaik untuk anda.

PENAFIAN: Segala maklumat yang dipaparkan di sini adalah informasi umum berkaitan kandungan utama stevia SiManis™. Ia BUKAN merupakan nasihat perubatan. Kami menyarankan individu yang mempunyai persoalan berkaitan perubatan atau masalah kesihatan tertentu untuk mendapatkan nasihat perubatan daripada doktor atau penasihat diet/nutrisi anda.

HUBUNGI KAMI

SH Delima Enterprise (IP0574707-M)

INFO

Scroll to Top